Pengenalan

 

Peningkatan tahap kompetensi dalam kalangan staf akademik serta staf sokongan institut ini akan dapat menaikkan imej institut dalam membina organisasi yang mantap dan dapat menyumbang ke arah kecemerlangan negara.  Peluang sentiasa terbuka bagi mereka yang ikhlas untuk memajukan diri dalam kerjaya serta sentiasa mengikuti perkembangan terkini dalam bidang profesionalisme yang turut melibatkan mereka. 

Kursus-kursus Latihan Perkembangan Staf (LPS) dirancang oleh Unit Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) IPGKTI saban tahun bagi memberi peluang kepada setiap warga Institut untuk meningkatkan ilmu dan kompetensi diri mereka.  Kursus-kursus yang dirancang pada asasnya adalah berdasarkan dapatan analisis matrik kompetensi yang dijalankan dalam kalangan warga Institut.  Selain itu kursus-kursus juga dilaksanakan berdasarkan kepada keperluan profesionalisme dari semasa ke  semasa.  Unit LDP IPGKTI sentiasa memastikan keseluruhan LPS dapat dilaksanakan secara profesional dengan memberikan impak yang optimum  kepada semua warga institut.

“Latihan Berkualiti Meningkatkan Kompetensi”

 

 

Additional information