Ucapan Timbalan Pengarah Pengurusan

 

SEULAS PINANG

BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM DAN SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEHATI SEJIWA

 

Alhamdulilah dan tahniah saya ucapkan kepada Unit Latihan Dalam Perkhidmatan IPG Kampus Temenggong Ibrahim kerana berjaya merancang dan membina Laman Web Unit Latihan Dalam Perkhidmatan IPGKTI.

Laman web ini sebagai satu usaha menambah baik perkhidmatan dalam aspek penyampaian maklumat dan pelaksanaan program yang dilaksanakan. Ahli-ahli jabatan dan unit di IPGKTI dapatlah melayari laman web ini untuk mendapatkan maklumat program sebagai rujukan utama kepada perancangan semua program bagi setiap jabatan dan unit. Setiap kursus dan program yang dirancang sewajarnya berobjektifkan kepada peningkatan tahap profesionalisme warga kerja institut, maka peranan ULDP dalam menyelaraskan pelaksanaan kursus di peringkat institut ini adalah penting.

Di sini juga saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada semua pensyarah dan staf IPGKTI yang bersedia mengikuti program dan kursus yang dikelola oleh ULDP. Pelaksanaan program ini adalah atas dasar keperluan setiap warga kerja Kementerian Pendidikan Malaysia yang wajib melengkapkan tujuh hari berkursus dalam setahun. Ucapan tahniah juga diberikan kepada ULDP kerana sentiasa bernilai tambah dalam merealisasikan hasrat dan dasar 100% kehadiran tujuh hari berkursus bagi warga IPGKTI.

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada ULDP, semua warga IPGKTI yang memberikan sepenuh kerjasama kepada saya dalam menguruskan dan melaksana semua program yang dirancang dengan cemerlang. Semoga IPGKTI terus subur.

 

Sekian, terima kasih.

 

DR YAZID BIN ABDUL MANAP

TIMBALAN PENGARAH PENGURUSAN

IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR

Additional information